Jumaat, 29 Ogos 2014

Pes Tomyam Buatan Sendiri

Nie emy ada resepi untuk jimatkan kos klu nk buat tomyam kat rumah sendiri...resepi pes tomyam nie,resepi daripada atok sedara emy....

Emy dh buat..memang sebiji mcm perencah tomyam yg selalu kita beli kat pasaraya2 @ kedai2 berdekatan rumah kita....Pes tomyam nie boleh di simpan di dalam peti sejuk selama 6bln...

Nie resepinya

Bahan-Bahan
4 Biji Bawang Besar
3 Biji Cili Merah
10 Biji Lada Kering
1 Inci Lengkuas
2 Batang Serai
1 Sudu Besar Udang Kering
4 Helai Daun Limau Purut
1 Inci Belancan -Dibakar
Air Asam Jawa
Gula
Garam

Cara-Caranya
1.
Semua bahan di atas di kisar kecuali air asam,gula dan garam....
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar...
3.Masukkan air asam jawa,gula dan garam secukup rasa...
4.Kacau sehingga pekat..

Selamat mencuba....

boleh terus di masak tomyam dan boleh di simpan di peti sejuk...



Pes nie juga boleh di buat sebagai perench nasi goreng,mee goreng,stim dan lain2 lah...klu ada perkataan tomyam...heehehhee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan